ABSTRAK
Di dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa Allah yang telah
menciptakan manusia.bermula daripada tanah dan selanjutnya dengan
pembiakan sperma dan ovum sehingga menjadi manusia.Manusia tersebut
telah melalui liku-liku dan halangan yang mengagumkan dalam
hidupnya.Dalam keadaan manusia penuh kejahilan dalam segala hal,maka
agama islam telah turun ke dunia untuk menerangi manusia yang dalam
kegelapan dan telah diterangi dengan keagamaan yang benar (islam) demi
keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.Melalui proses
penciptaan manusia menurut sains,sarjana-sarjana barat telah
mengutarakan pelbagai pendapat tentang proses ini.Sarjana barat iaitu
Aristotle telah mengemukakan teori Abiogenesis tetapi telah di sangkal
oleh beberapa sarjana yang lain terutama Charles Darwin.hal ini telah
membuktikan bahawa teori barat merupakan teori yang tidak relevan.Di
samping itu,proses penciptaan manusia menurut Al-Quran adalah lebih
relevan.Al-Quran telah menyatakan bahawa proses penciptaan manusia
melalui empat tahap.Tahap-tahap tersebut adalah percampuran air mani
lalu menjadi alaqah(ketulan darah) dan menjadi mudghah(ketulan daging)
setrusnya menjadi tulang-tulang.hal ini telah terbukti di dalam Al-Quran
pada surah Al-Mukminun dan bukti ini boleh diterima oleh setiap
manusia.Sebelum manusia ditugaskan untuk menjadi khalifah,manusia telah
diberikan beberapa keistimewaan oleh-Nya.Keistimewaan tersebut telah
dinyatakan di dalam Al-Quran dan telah mengangkat darjat manusia di sisi
Allah.Oleh itu Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan
penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipangdang hina oleh
masyarakat.Bagi memikul tanggungjawab ini,pengisian rohani dan
pemantapan akidah adalah sangat penting bagi melancarkan tugasan yang
telah di berikan oleh Allah SWT kepada kita.
PENDAHULUAN
Sebelum
islam lahir,dunia ilmu pengetahuan masih gelap,di penuhi oleh dugaan
dan khayalan yang tidak masuk akal sehingga hasilnya bukan ilmu
pengetahuan yang ilmiah,akan tetapi khayalan yang penuh mitos serta
kepercayaan yang salah dari kenyataan yang sebenar dalam segala cabang
ilmu.Tuhanlah yang menciptakan manusia.bermula manusia diciptakan dari
bahan tanah dan selanjutnya dengan pembiakan sperma dan ovum sehingga
menjadi manusia yang melalui liku-liku dan halangan yang mengkagumkan
dalam hidupnya.Dalam keadaan manusia penuh kejahilan dalam segala
hal,maka islam turun ke dunia untuk menerangi manusia dalam keagamaan
yang benar (islam) demi keselamatan dan kesejahteraan dunia dan
akhirat.Mereka yang sedar akan berhijrah dari jalan yang sesat ke jalan
yang lurus dan rasional yang ada dalam seluruh struktur islam ini.Maka
itu tidak hairanlah apabila isi islam seiringan dengan ilmu pengetahuan
yang sesat dan tidak menemui hakikat yang sebenarnya dari ilmu yang
diselidiki itu sendiri.Jadi,sebagai umat islam yang bertaqwa dan beriman
kita harus mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap mengenai agama islam
supay kita tidak tersesat seperti golongan yang telah tersesat seperti
yang berlaku pada masa ini.Ilmu pengetahuan yang mantap mengenai agama
yang mendalam dan dapat menuju ke jalan yang lurus.
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS
Berbicara
tentang asal-usul kejadian manusia mengharuskan kita untuk berbicara
tentang asal-usul kehidupan dan hidup.teori pertama yang dapat dikenali
dari Aristotle (384-322M) yang di sebut sebagai teori Abiogenesis atau
Generasio Spontanea.menurut teori ini,semua yang hidup muncul secara
terus menerus dari yang mati atau materi.namun teori ini di ragui oleh
Lazardo Spanlazani,Frencesco Redi (dari Itali) dan Louise Pasteur (dari
Perancis),Berjaya membuktikan bahawa makhluk hidup tidak dari materi
yang mati.Semenjak itu,pada tahun 1860,telah muncul teori baharu yang
menyatakan bahawa semua makhluk yang hidup berasal dari yang hidup
sebelumnya (omne vivum ex vivo).Ir.H.Basit Wahid(1983),Evolusi Manusia
dan Konsepsi Islam,Bandung,Indonesia:NV Tarate
Setelah itu,munculnya
teori evolusi dari Charles Darwin(1809-1882).Pada hakikatnya merupakan
kelanjutan sahaja dari teori “omne vivum ex vivo”.Teori ini juga
menyatakan bahawa semua makhluk hidup mengalami evolusi menuju
kesempurnaan dan kebahagiaan.Hal ini dapat dilihat melalui dalam diagram
yang dibuat oleh Washburn (tahun 1960).Persoalan jika benar manusia
berasal dari kera mengapa manusia tidak berubah menjadi kera dan begitu
juga sebaliknya.Oleh sebab itu,manusia dan kera adalah berbeza san teori
ini adalah tidak relevan.Bucailie Maurice Dr.(1984),Asal-usul Kejadian
Manusia Menurut Bible,Al-quran dan Sains,Bandung,Indonesia:Penerbitan
Mizan.
Charles Darwin juga telah meragukan kebenaran teori yang telah
diciptakan.Hal ini dapat membuktikan bahawa lapisan-lapisan batu di
dalam tanah mengandungi data dan catatan yang kronologis.Sepanjang waktu
geologis yang enam (dari azoicum sehingga dengan enzoikummengenai
evolusi.Hal ini bermakna,teori sebelum ini telah berlawan dengan
teorinya.Darwin juga telah membuktikan bahawa teori sebelum ini adalah
tidak relevan dan bercanggah berdasarkan dengan bukti-bukti yang kukuh.
Bucailie Maurice Dr.(1984),Asal-usul Kejadian Manusia Menurut
Bible,Al-quran dan Sains,Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
Al-quran
menyatakan dengan tegas bahawa manusia diciptakan dari tanah dengan
berbagai istilah seperti debu (Surah Ali Imran:59),tanah kering dan
lumpur hitam (Surah Al-hijr : 28),tanah liat (Surah Ashshafat : 11),sari
pati tanah (Surah Al-shad :71) dan sebagainya.Semasa penciptaan
Adam,Allah telah berfirman bahawa “Jadilah,maka jadilah ia”(Surah Ali
Imran : 59).Oleh itu,proses kejadian manusia menurut Al-quran adalah
lebih sahih dan relevan kerana mempunyai bukti yang kukuh.Bucailie
Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains
dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
Setalah berpandukan
pada (Surah Al-A’la : 1-3),penciptaan atau kejadian manusia terbahagi
kepada tiga (3).Hal ini telah menjadi titik tolak kepada proses kejadian
manusia dan menunjukkan tanda-tanda kemuliaan manusia.Pertama,Allah
telah menciptakan manusia pertama daripada tanah (Adam).Kedua,penciptaan
manusia kedua daripada bahan baku manusia pertama (Hawa).Akhir
sekali,penciptaan manusia daripada bahan baku manusia pertama (Adam) dan
manusia kedua (Hawa).Oleh itu,kita sebagai anak cucu Adam haruslah
berasa bangga kerana kita ini daripada sebaik-baik kejadian dan lebih
mulia daripada makhluk yang lain. Bucailie Maurine Dr. , (1984)
Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains dan
Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
Dalam Surah Al-Qiyamah (75 :
37-39),penciptaan manusia terbahagi kepada empat (4) tahap.Allah telah
menyatakan bahawa manusia terjadi daripada percampuan Nutfah.Nutfah
ialah air mani.Air mani ini terdiri daripada air mani lelaki dan
perempuan.Allah telah berfirman dalam Al-Quran melalui (surah
Al-Insan:2).Mafhumnya:Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia
daripada setitits air mani yang bercampur yang kami(hendak menguji
dengan perintah dan larangan).Kami jadikan dia melihat dan
mendengar.Selepas itu,daripada Nutfah telah berubah menjadi
Alaqah,Mudghah dan Izam dan Lahm.Allah telah berfirman dalam (surah
Al-Mukminun :14) yang bermaksud kemudian kami mengubah nutfah menjadi
alaqah(seketul darah),lalu kami menciptakan seketul darah beku itu
menjadi seketul daging(menjadi anggota badan)dan seketul daging itu kami
jadikan tulang-tulang itu dan kami bungkus dengan daging(terbentuk
segala system saraf).Tafsir Al-Quran.
TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI
Sebenarnya
sebelum ditetapkan khalifah itu allah mengemukakan amanat itu kepada
langit,bumi dan gunung-gunung tapi semua menolak amant itu kerana tidak
menyanggupinya namun manusia bersedia memikulnya.Hal ini telah
dinyatakan di dalam Surah Al-Ahzad:72.Oleh itu,kita sebagai khalifah
seharusnya melaksanakan amanat Allah di muka bumi tetapi pada sisinya ia
melihat syaitan berusaha menyesatkan manusia dengan tidak melaksanakan
amanat Allah. . Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia
menurut Al-Quran,Sains dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
Dalam
surah Al-Luqman:20, Allah telah menyatakan bahawa kepada siapa saja
yang ada di langit dan di bumi dan juga segala macam isi yang
dikandungnya agar tunduk kepada manusia.Semua itu dimmaksudkan agar
manusia denga segala kemampuannya dapat mengolah sumber-sumber alam.
Oleh itu allah telah menyediakan prasarana pula (ilmu
pengetahuan,hidayah agama dan kitab suci).Oleh itu setiap khalifah di
muka bumi harus berpegang kepada 3 hal.Allah telah memberikan kita
kemampuan berfikir untuk meningkatkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan
dan kekuatan rohani manusia untuk menghayati ajaran Allah.Allah juga
telah memberikan hidayah kepada manusia untuk mampu dengan penuh
tanggungjawab dan kesedaran untuk melakukan semua itu. . Bucailie
Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains
dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
Allah telah memberikan
beberapa keistimewaan kepada manusia yang menjadi khalifah.Keistimewaan
tersebut telah m,engagkat darjat manusia di sisi Allah.Keistimewaan yang
telah diberikan Allah kepada manusia sebagai khalifah telah dinyatakan
dalam surah Al-Baqarah:30,Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada
malaikat bahawa aku menjadikan khalifah di muka bumi itu orang yang
membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?Tuhan berfirman
sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Bucailie
Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains
dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya
proses kejadian manusia terbahagi kepada 2 teori iaitu barat dan
islam.melalui teori barat pada mulanya dipercayai tetapi akhirnya
diragui oleh golongan intelektual dan di anggap tidak relevan.hanya
teori islam masih relevan dan terbukti hingga kini.Oleh itu manusia
dianggap mulia dan sebaik-baik kejadian di muka bumi.manusia juga telah
menjadi khalifah di muka bumi ini dengan menjalankan tanggungjawab dan
tugasan mereka.Tanggungjawab itu merupakan amanah Allah S.W.T. Kita
sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab
supaya kita tidak dipangdang hina oleh masyarakat.Bagi memikul
tanggungjawab ini,pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat
penting bagi melancarkan tugasan yang telah di berikan oleh Allah SWT
kepada kita. Kita seharusnya menghargai darjat yang dikurniakan oleh
Allah kepada kita dan kerana kita adala semulia-mulia kejadian yang
telah diciptakan oleh Allah.
nota bagus!!!
BalasHapusadmin maaf menegur tapi nama surah ada yang anda salah mane ade surah Al-Shad sebenarnya surah SAD
BalasHapus